<body>
▼▼▼
Tuesday, 1 May 2012 @10:47

Setiap Kehidupan ade cabaran dan ade ujian yang diberikan olehNYA smue tu ujian agar kite ingat kepadeNYA yang kite akan Kembali PadeNYA jua~ stiap Dugaan  dan ujian juga diberi ganjaran dan ALLAH juga akan berikan ujian dan dugaan itu simpal dngan kite dngan kate lain kite mampu mwngharunginya~  

        Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
 
Sama ada kite bersyukur atas nimat yang diberikan atau kite kufur dngan nikmat yang diberi olehNYA
anda kata anda beriman,tpi selagi tidak diuji olehNYA anda blom dianggap beriman padeNYA
 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

dan setiap dugaan dan ujian serta cabaran ada ganjaran nya juga,makin besar dugaan dan cabaran itu,makin besar lah ganjaran nya



Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

jelas bahawe kite dpat lihat ujian dan dugaan ini aadlah untuk mngukur keimanan seorang manusia atau hamba ,jika seseorang itu beriman maka die akan menerima ujian itu dngan redha,namun bagi manusia yang lalai 
serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

bagi orng2 beriman mereka akan redha dan tawakal dngan sgala dugaan yg diberikan oleh ALLAH
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]


about

Hallo,Assalam Dunia disini Muhammad Zakwan 20 tahun.. masih melanjutkan pelajaran,.. dan bercadang untuk berkhawin pade umur 27..haha ,Melaka Teluk Mas ....terimas
«
»
Left: